888 Review

Mee Besen Original! Durian Daun, Melaka

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:24 PM Comments : 3 Labels :

Heiiii, lama dah tak update. Bukan takde cerita. Ada je. Banyak lagi cuma mood nak menulis yang tak ada. Menulis kena dari hati (actually buat apa-apa pun kena dari hati) baru keikhlasan tu terasa (hehe).

For the beginning bagi memecahkan tembok ... hmm tembok apa ye? Tembok ... Eh dah lah! Guna bahasa paling mudah je!

Ok, untuk permulaan cerita sebab dah lama diam kita cerita pasal MEE BESEN ORIGINAL, Melaka (yeayyyy). Cerita pasal makan malam ni. Dah la tengah hujan, cepat je perut rasa lapar. Padan muka. Siapa suruh bayangkan :p

Aku baru je try mee besen ni Sabtu (25/2/2017) lepas. Padahal benda ni dah viral lama kan. Padahal aku dah jadi warga Melaka almost 5 years since UiTM dari 2012. Tahun 2017 baru sampai ? Apakah ? Jauh sangat Melaka aku dengan Melaka Mee Besen tuh agaknya ==' (haha)

So Sabtu tu aku pergi berenam dengan kawan-kawan. Perempuan. No boys sebab hari tu girls day out. Boys not allowed! Lagi pun geng boys ada plan lain so teruskan la dengan aktiviti masing-masing.

Sebelum kesana member yang dah pernah pergi dah bagi pesanan. Bukan pesan "Hidup hanya sekali, buat la kebaikan", bukan! Bukan pesanan tu. Bukan! Dia pesan ...

"Selamat berseronok beratur panjang-panjang" sambil senyum senget.

Aku tak faham so buat tak endah jela. Dalam pukul 2.45 kua umah sebab google waktu operasi premis tu dia tulis 3.30 sampai 10 malam. Perjalanan dari rumah ke mee besen tu 15 minit je. So ikut pengiraan matematik moden pukul 3.00 kitorang safely arrived at destination.

Sesampai sahaja kami disana (baku betul bahasa melayu aku) aku melopong tengok barisan manusia yang menunggu untuk masuk kedai Mee Besen tu. Waktu operasi belum start kot tapi dah melepasi 2 3 pintu kedai dah manusia yang beratur. Aku dengan kawan-kawan ingat kami dah cukup awal. Rupa-rupanya ada yang lagi awal (haha) =='


Ihsan Instagram; fatin_mdnoor

Disebabkan tahap keramahan aku ditahap tertinggi, beramah mesra la aku dengan orang depan.

"Baru sampai ke?" aku tanya
"Tak la, dah dekat 20 minit sampai" 

Aku nak buat muka terkejut masa tu tapi jangan la tunjuk sangattttt. Cover la sikit, Kan? So aku sekadar mengangguk dan senyum sikit lalu dengan pantas pusing belakang pandang member-member sambil besar kan mata. Kalau dia yang sampai 20 minit awal dah sejauh tu beratur ... yang paling depan tu sampai dari pukul berapa? Dah dekat 2 jam ke dia menunggu ? :0 Gigih!

Bila dah ramai manusia ni ... tambah-tambah pula perut dah berkriuk minta diisi ianya membuatkan kita mampu bermesyuarat 3 4 kali samada nak teruskan aktiviti berdiri tunggu giliran atau beralih ke kedai yang sampai-sampai je boleh duduk dan order makanan. Nafsu lapar menang untuk sesi beralih ke kedai lain tapi food hunter takkan mudah mengalah. Dah alang-alang sampai, tinggal lagi setengah jam untuk beroperasi apa salahnya tunggu sikit lagi. Takkan nak tunggu 5 tahun lagi baru nak merasa mee besen kot? Bersama suami dengan anak-anak (Eh! jauhnya imaginasi hahahah)

Mula je waktu operasi masing-masing dah lega (aku sebenarnya yang lega. Nak tulis aku kat situ nanti nampak sangat macam hampir mengalah so tulis la masing-masing huhu) tapi perasaan lega tu tak ditahap optimal sebab nak dapatkan seat tu pun macam main nasib-nasib. Ada meja kosong, kerusi kosong dan cukup untuk jumlah engkorang, dipersilakan masuk, order makanan, tunggu order dan makannn. Kalau takkkk selamat teruskan beratur dan nantikan orang-orang terawal masuk setel makan.

Alhamdulillah, Allah mendengar doa kami (macam dah sangat terseksa bunyinya) ada meja cukup-cukup untuk kami dan tu meja last yang kosong. Ya Rabbana! Rahmat gila-gila-gila-gila. Serius!

Ok, setel kisah duka. Masuk part happy ending pulak.

Seperti cerita-cerita yang biasa kita dengar semestinya berakhir dengan senyuman paling manis dan bahagia ... macam tu juga la dengan cerita ni. Happy ending. Masuk je dalam tu kitorang capai kertas menu and order mee soya besen dengan kuah campuran ayam dan daging. 

Kat sini ada 4 jenis pilihan mee. Mee soya, mee kuning, mee hoon dan mee kuew tiaw (saje je letak mee depan kuew tiaw sebab taknak dia rasa terpinggir dalam perenggan ni. Dia je takde surname MEE. Yang lain semua ada huhu) dan sup pulak boleh pilih samada nak sup ayam, daging atau campur (daging+ayam). Untuk permintaan sup daging dan sup campur tu ada penambahan harga lah (siapa suruh demand kan? Tapi dah dia bagi pilihan kena la kita pilih ye dak? hmm) tambah RM3 je pun.

Untuk mee ni ktorang ambik dish untuk 3 - 4 0rang makan tapi tu pun mengah-mengah nak habiskan. Mana nak hirup sup, mana nak minum air, mana nak makan western talam lagi. Sendat perut. Berapa kali ambik nafas nak setelkan semua tu. Biru muka masing-masing. Taknak habiskan sayang pulak. Bayar guna duit bukan guna pokok duit-duit.

1 mee besen untuk 3 - 4 orang makan tu RM15. Western talam RM35. Dalam tu ada chickenchop 2 ketul, meatball 12 biji and kentang lenyek, fries selambak dengan spegatti kuah putih yang sedikit rasa hangit. Berbaloi la dengan harga. Nak ngadap sorang-sorang western talam tu ... aku khawatir western ke mana, talam kemana, isi dalam talam kemana, tuan yang order tu ke mana (huhu).

So far ok la rasanya. Rasa kenyang lah lepas makan tu. Alhamdulillah. Happy tummy :)

Recommended ke tak?

Untuk food hunter yang masih bujang dan muda belia ... tempat ni recommended untuk awak. Bagi yang dah berkeluarga dan datang bersama baby-baby ... saya tak rekomen tempat ni. Baca balik perenggan atas. Melainkan sebelum sampai dah makan dulu atau sampai 2 jam awal macam orang first yang mula-mula menunggu tu.

Ok, bye ...

Oh lupa. Untuk jenis kurang sabar, takyah la datang sini. Takut jadi hulk pulak hehe