888 Review

Maxis OnePlus One

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:00 PM Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum

At first i thought that Maxis OnepLus One ni another new plan from Maxis. I baru macam nak OMaiGoshhhhh! Kenapa nak kena ada plan baru. Again. (macam manusia yang bencikan perubahan). Rupanya .... pap pap pap ... Maxis nak perkenalkan handphone baru keluarannya sendiri yang diberi nama (cikebum cikebum) OnePlus One.

Guys! What's on your mind at the first time when you read the word 'Maxis OnePlus One'?


Bernilai : RM599 ~ RM600
+
MaxisOne plan : RM128/month

Total

RM 1110

Kalau rasa berminat, pergilah ke kedai Maxis berhampiran anda.


xoxo

Q and A pasal Yes 4G

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:03 AM Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum

Sedar tak sedar sudah lama juga aku tidak kemari. Busy meeeeemanjang. Dan. Selebihnya. Adalah sebab ... huruf M yang sangat besar. Malas. Bahaya la perkataan negatif tu. Bahaya sangat. Namun demikian, biarpun aku sedar akan hal itu mengapakah aku sering jua tertewas padahal aku. Hmmmm penat nak ulas panjang-panjang. Tak. Tak. Bukan malas. Cuma penat heeee :D

Ok, kita buat entry ni short and sweet. Tidak perlu terlalu panjang berjela mengalahkan karangan STPM 380 patah perkataan.

Memandangkan entry promote aku mengenai Yes 4G antara faktor terbesar ramai ke sini and YES! aku sedar hakikat tu but lately aku banyak terima komen-komen dan jawapan yang berbau tidak puas hati dalam kalangan pengguna Yes mengenai kuota, tempoh terminate dan sebagainya.

Guys ... sayangku sekalian, pertama-tamanya aku nak mohon maap dulu lah kalau korang langgan Yes atas sebab influence entry-entry aku biarpun aku agak kabur mengenai hal itu (hal entry aku punca korang langgan Yes. Tu aku state kat atas tu heee :D).

But guys, sumpah aku tak tahu langsung pasal masalah tu. SUMPAH! WALLAH! Sebab apa ... Sebab aku guna elok je. Tak ada la pula berdepan masalah macam korang. Sepupu aku pun relax je guna. Tak ada complaint apa langsung.  Tapi ada kemungkinan tak perkara-perkara yang tak best ni sebab korang langgan pakej baru?

Mmmmmm maksud aku, aku dah guna Yes ni lama dulu. Since 2012. Waktu first2 jadi budak freshie kat UiTM yang tak ada langsung feeling campus life *nangis*. UiTM aku langsung tak ada kawasan kau tahu! Apa yang ada kat sekeliling kami, itulah dikira kawasan kampus kami termasuklah Aeon, Tesco dan Melaka Sentral. Masih dikira sebagai kawasan kampus kami. Mampu? Universiti korang mampu macam tu? *mengeluh*

Apa yang aku nak simpulkan sebenarnya .... aku bukanlah orang yang terbaik untuk korang tanya banyak pasal Yes 4G ni. Sebab aku cuma tahu apa yang aku tahu jela. Terhad sangat. And experience aku pun base on pengalaman since 2012. Bukan 2014 apatah lagi 2015. Pengalaman pen-join-an dalam pakej Yes tahun 2016 lagi la jauh. Ni, kat mana kedai Yes terhampir dengan korang? Apa? Kat Aeon? Oh! dalam Aeonbig. Ok, pergi la kat sana. Kat situ aku jamin 100% yang ada orang yang tepat dan memang disediakan khas untuk korang tanya macam-macam soalan. Korang nak tanya soalan bertubi-tubi atau nak 'tembak' dia atau derang dengan 'machine gun' soalan korang bang! bang! bang! macam tu tanpa henti pun tak apa. Memang tu adalah tugas dia atau derang. Good luck!

And maap again!

Tahu aku tak terlalu membantu. In fact langsung tak membantu pun. Kan? Tapi dah setakat tu je yang aku mampu buat pun. Nak buat macam mana. Sori :s