888 Review

Get your Frozen at McDonalds

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:36 PM Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum

Anda penggemar cerita frozen? Nak frozen? Get ur frozen at Mcdonalds dear.


Sayangku, tawaran ini terhad ye. Anda semua ada lebih kurang seminggu je lagi untuk dapatkan Frozen Fanta ni. Maksudnya ... end of April ... tawaran ditutup. Lagi pun Frozen Fanta ni free tau. Just tunjuk kupon je. Oleh sebab itu, haruslah bersyaratkan. Satu kereta satu Frozen Fanta. McDonalds pun mau untung maaa.

Dannnn kedua-dua Frozen Fanta yang kemain cantik posing dalam gambar kat atas tu adalah perisa keluaran terbaru Coca-Cola khas untuk McDonalds seluruh negara.

Nak kupon? Klik picha tu. Selamat menikmati Frozen Fanta.


Chipsmore 25 years : More chips. More Fun

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:05 AM Comments : 1 Labels :


Assalamualaikum

Siapa yang kat atas muka bumi ni tak kenal chipsmore? ..... Sila angkat kening! Hahah. Ok guys, i am pretty sure yang semua orang tahu biskut chipsmore. Pasal rasa dia. Pasal keenakannya. Cecah dengan milo pun sodap. Yummy... Semua orang jugak tahu tagline dia yang MORE CHIPS. MORE FUN tu. Sampai boleh menyembur-nyembur air liur lah nak menyebutnya. Sampai ada satu tahap tu kita akan cakap ko ni macam chipsmore la! Kejap ada! Kejap hilang! dekat orang yang setahun ni hilang lepas tu setahun kemudian muncul. Lepas tu, ek eh! hilang lagi?! Ni boleh ajak bergaduh! Walaupun chipsmore dan kejadian kehilangan orang tu takde kaitan =='

 

Tapi dalam banyak-banyak hal pasal chipsmore ni, mungkin ramai yang tak tahu yang Chipsmore Malaysia telah berusia 25 tahun! HAPPY BIRTHDAY =) Wahhhhh! Dah besar. Dah boleh jadi bini orang kalau chipsmore ni bukan biskut. Kuikuikui.

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan ... Chipsmore Malaysia telah berbesar hati nak hadiahkan RM2500 kepada orang yang bertuah yang dah kasi wish kepada mereka. Haaaa tak melopong ke ko? Kan rare tuh. Selalu mereka yang diraikan yang patut dapat hadiah. Ni terbalik pulak. Orang yang meraikan yang dapat hadiah. Tapi. Yang terpilih jela yang dapat.

Dan kepada korang yang suka cakap apa faedahnya makan chipsmore ni? Bukan dapat duit pun! Kena keluar duit lagi ada! Haaaaa sekarang ni ... bila chipsmore nak kasi duit, jangan buat tak nampak pulak. Cara pun mudah. Kasi wish je. Grab aaa. Tunggu apa lagi? Biau kita rasa berbaloi jadi penggemar chipsmore selama ni. Mana tahu duit yang bakal korang menang. Dapat jugak claim semula duit biskut yang korang dah spent selama nih bhahahaha.



So gang, tunggu apa lagi! Grab the opportunity. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Hang Tuah je yang bertuah hahahah. Tak. Tak. Tuah manusia siapa yang tahu kan. Yang penting usaha. Doa. Takawal.


Ugly duckling transform to swan

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:07 PM Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum

Wahhhhhh! Apa yang berlaku semalam, apa yang aku buat semalam boleh masuk slot HARI INI DALAM SEJARAH dekat TV1. Tu pun kalau ada yang tahu pasal rancangan berdurasi 5 minit tu lah.

And ... actually, entry ni entry draf. Patut publish semalam. Tapi semalam publish cerita lain pula. Muahahahah. Ok dah. Sambung balik kisah tertunda.

Pasal apa aku kata macam tu? (merujuk kepada perenggan pertama). Pasalnya ... hari ni aku ajak member pergi Watsons.

Ini Watsons. Kalau perasan, layout Watsons seluruh negara sama je. KALAU.

Okeyh! sambung cerita balik. Aku ajak member pergi Watsons semata nak beli make up. Dalam kepala otak aku asek duk terbayang alay make up VJ (Victoria Jackson) yang pelbagai tu. Aku aim alat solek yang travel pack dia tu. Yang ada macam-macam dalam satu packaging tu. Yang mahal nak mati harganya tu.

Tengok! Macam-macam ada, kan?

Blusher ada, gincu ada. Maskara ada. Macam Astro lah senang cerita. Tu yang aku nak beli sangat tu. Tapi. Dah macam-macam ada tuuuu harga pun setimpal dengan alatan yang serba cukup tu la. Pahamkan sendiri la ye.

Tu laaaaa masa produk tu buat offer, aku buat jual mahal. Dah la kalau beli masa tu siap dapat kad untuk membolehkan kita belajar make up dengan orang-orang handalan. Selalu kalau nak kan kad VJ, kena buat pembelian rm300 ke atas. Masa offer hari tu, pembelian rm80 dah boleh dapat kad. Aku memang jual mahal. Tak. Bertempat! ='(

Ayat jual mahal aku "Hmmm takpe la. Saya tak guna make up". Bajet muka natural beauty macam sleeping beauty. Tak pun, alasan lain ... "Saya tak pandai la nak make up, make up". Banyak la aku punya alasan. Padahal dekat utube tu berlambak je tutorial make up. Antara rajin tak rajin je nak menghayati dan mengaplikasikannya.

Sekarang ni, bila hari tu Tikah (one of my bestie since lower 6) wasep kata nak tunang bulan depan (semoga semuanya dipermudahkan oleh NYA babe) dan dia nak aku yang make upkan, aku dah macam kena petir. Perasaan masa tu macam ... Ya Allah! Kawan aku tu sedar tak yang kawan dia ni buta seni. Make up? Muka sendiri pun tak bertouch up, nak touch up muka orang?! Oh! ini penyakit. Penyakit yang tak berjangkit tapi agak kronik untuk aku handle.

Malangnya ... penawarnya cuma satu. Beli alat make up yang paling basic macam eyeliner, maskara and so on yang tak beriya sangat tu then belajar berpandukan utube. Selain boleh make upkna si Tikah yang berharap sangat tu, boleh la jugak aku pergi kerja dengan penampilan baru. Bukan cuma datang dengan imej sedikit berbedak dan seoles gincu. Nasib la selama ni orang-orang yang aku jumpa nampak berselera je pandang muka aku. Buktinya takde siapa yang buat muka aneh bila aku datang. Cuma bila aku start bagi penerangan je, derang bagi reaksi jelik. "Insurans ey" Aku pun dengan berbekalkan segaris senyuman dibibir menjawab "Takaful". Sepatah. Derang balas, "sama la tu". Aku bidas, "tapi tak serupa" sambil lukis rajah perbezaan.

Haishhhh ... bila bercakap pasal takaful ni ... kenapa ek orang-orang kita, orang melayu ni takut sangat dengan takaful? SEdar tak yang kita dah jauh ketinggalan dari bangsa lain in terms of kesedaran mengenai kepentingan Takaful? Tak sedar kannnnn. Hah! sebab tu la bila nak share pasal takaful semua nak angkat bontot. Macam laaa kita nak curi duit dia. Kita datang nak tolong. Kita bukan ahlong.

Ok. Enough! Kita berbalik kepada kisah make up tu tadi. Ni, kalau aku cerita dekat member umah lama, harus terkejut mereka. Derang tahu dah aku jenis tak layan make up. Paling kuat yang ada dalam simpanan aku adalah lipstick atau lipbalm dengan eyeliner pensil jenama Pixie yang aku cuma beli tapi tak pernah guna. Penat jugak la tadah telinga dengar derang membebel. Tajuk tazkirah, 'Membazir amalan syaitoonnn'. Selebihnya, adalah skincare aku yang asek bertukar. Tu pun modal bebelan derang jugak. Ye.... aku tahu aku layak dibebelkan mengenai tu. Tahu.

Cumanya semalam aku tak dapat produk VJ. Takde VJ, Za pun jadi.



Saya perlukan sokongan anda!

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:59 PM Comments : 5 Labels :

Assalamualaikum

Bismillahirrohmanirrohimmm.

Ya allah. Ya allah. Ya allah. Alhamdulillah sangat. Rasa bersyukur sangat. Ok, sebelum bercerita lanjut... nak ucap alhamdulillah lagi sekali. Syukur ya Allah. Setelah nak masuk 3 tahun berblog, ni lah kali pertama dapat CPUV. I mean iklan berbayar yang manusia-manusia terpilih je yang selalu dapat. Selalunya dapat tengok orang lain je yang muat naik cerita pasal iklan CPUV. Jelessss sobsob. Tapi, jeles jeles nak pergi mana?

Berkat kesabaran. Kali ni aku menjadi manusia terpilih tu jugak. Diberi kesempatan untuk merasai apa perasaan orang-orang yang dapat CPUV. Macam ni rupanya perasaan bila dapat tahu yang kita terpilih untuk CPUV. Perasaan seperti nak berlari di tepi gigi air sambil kibas rambut. Muahahah. Betul ke?


Sekali masuk.. sampai 5 6 on going iklan. Alhamdulillah. Mohon bagi support dekat saya ye dengan klik iklan yang berkenaan. Sokongan anda didahului dengan ucapan terima kasih :D

xoxo




5 kawan yang patut kita pilih

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:48 PM Comments : 2 Labels :

Assalamualaikum

Aku baru je habis scroll instagram. Banyak an gambar-gambar yang santik-santik belaka kat sana. Yang ig shop jual barang-barang murah pun banyak. Geram aku. Dah la murah, lawa-lawa pulak tu. Menangis aku. Menangis sebab tak mampu nak beli walaupun barangnya murah. Sadis.

Kadang-kadang aku tengok, gambar doesn't matter pun dalam ig tu. Caption yang penting. Orang-orang muda selalu kata "caption win". Ada masanya masuk gambar kucing je, tapi sebab dia menepati spesifikasi caption win, terusssss dapat banyak like. Daebak. Ada masanya, tulis GOOD NIGHT je pun. Tapi dapat like sampai ratus-ratus. Kadang-kadang boleh cecah ribu lah. Mmmm-hmmm mungkin sebab dia muat naik gambar Aiswarya Rai kot.

Tapi aku ni, taip caption panjang berjela pun tak pernah dapat like sampai ratus. Paling kuat pun 39. 40 like pun tak sampai tau. Taip pendek? Hmmmm lagi laaaa. Kadang-kadang ... dah masukkan gambar pakwe hensem macam si FOUR dalam Divergent tu pun tak membantu meningkatkan penge-like gambar aku. Jadi boleh tak kita kira kes aku ni kes terpencil?

Image result for four in divergent

Oh sayang ... jangan la bagi pandangan macam tu. Macam tak sanggup pulak nak tolak request u. Ok la ... esok I goreng cekodok lemak manis brand Adabi dekat u ye. Muah ciked.

Ok, ok. Tak nak main-main dah. Kita serius. Let's make a zillion zerious discussion. Tapi nak sambung sikit je lagi pasal ig. Lepas tu aku janji kita bercerita secara serius pasal 5 jenis kawan yang patut kita pilih ni.

Dah scroll punya scroll punya scroll, sampai la aku dekat gambar Heliza. Kenal Heliza kan? Heliza 'Wassini'. Eh silap! Tu Wahida 'Wassini'.....

Image result for heliza helmi kahwin

Ok, Kak Ija kim salam. Salam perkenalan katanya. Assalamualaikum.

Dia muat naik gambar dia dengan sahabat-sahabatnya dengan caption berkaitan Pesanan Imam Ghazali tentang KAWAN. Kenal Imam Ghazali tak? Maaf, tak mampu nak tampal gambar.

Menurut Imam Ghazali, kawan ni ada 5 jenis. Kita kena la pandai pilih.

Pertama : Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua : Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.

Ketiga : Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat : Pilih kawan yang besederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima : Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu cakap bohong kerana memusnahkan jiwa.

Imam Ghazali jugak menegaskan bahawa antara KAWAN dan SAHABAT, banyak bezanya.   
"Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah, mendengarkan katanya menambahkan lagi ilmu. Terlihat gerak gerinya menunggikan lagi rasa takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah SWT. Sebaik-baik SAHABAT adalah yang dapat membantu kita ke jannah.

Tak semua kawan itu dikatakan benar-benar sahabat. Macam mana kita nak tahu? Kita dapat tengok 'siapa dia' saat kita dalam kesedihan dan kesusahan. Bila kita ada buat silap, tengok, dia simpan aib kita atau dia pecahkan kat mulut. Maksudnya dia bercerita kat orang la. Faham kan? Come on laaaa ni bahasa remaja kot. Rock uuuu'.

Ok sambung. Adakah dia setia bersama kita, sebelahkan kita, nasihatkan kita secara baik disaat semua orang pulaukan kita, tinggalkan kita. Dan ... macam mana dia membuktikan sayang dia kat kita. Setakat pandai cakap sayang je tapi tindakan dia macam nak humban kita ke neraka, sayang apa macam tu. Jaga-jaga. Adakah itu yang dinamakan CINTA NERAKA? hashtag tetiba.

Sewajarnya kita perlu berhati-hati dalam hal berkawan. Bila kita memilih bukan bermaksud kita cerewet tapi semua tu untuk kebaikan dunia kita dan keberkatan akhirat kita. Sebab dengan siapa kita berkawan, itulah sikap kita yang sebenar. Sedikit sebanyak sikap kita dipengaruhi oleh mereka. Jadi, bersahabatlah dengan orang-orang yang beriman dan berakhlak mulia. Baru bahagia. Baru ummmph. Baru macam gini (thumbs up).

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Zukhruf:67)

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah dalam memilih sahabat." (Hadis Riwayat Ahmad)


GST 6%

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:57 PM Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum

Hari ni hari Rabu. 1 April 2015. Sooooooo

Image result for happy birthday ke 13 tahun

Selamat Ulang Tahun ke-13 untuk adik aku, Faiz.

Hari ni juga GST berkuatkuasa. Ada yang sambut April Fool ke?

Ish! Ish! Ish! ada macam-macam hal jadi dalam satu masa.

Hari ni jugak merupakan hari kelam-kabut aku. Semua benda nak jatuh.

Pastu boleh la jugak kalau nak kata hari 'gelap'. Tak pernah-pernah kena saman... Ek eh! Kena saman la pulakkkk. Walaupun cuma 40 ringgit tapi tetap jugak nak berkira. Tambah-tambah sejak ada GST ni. Wuuuuuu T.T

Dah la kena saman tu sebab tak pamer roadtax. LOSER betul LAH! Ikutkan 40 ringgit tu boleh buat topup sebulan. Tak pun boleh buat beli Laurier yang free jurnal tu 3 4. NI tak. Kena buat bayar saman. Membazir betul. Wuuuuu T.T nangis lagi. sobsob.

Nih nak tanya. Dah alang-alang tajuk pun pasal GST jadi aku ada soalan, betul ke topup 10 ringgit kena bayar 10.60 sen? Lepas tu bila dah masukkan topup, kena tarik seringgit pulak! Betul ke? Anyone?