888 Review

Kenapa lelaki cepat bosan dengan awek dia??

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:58 AM Comments : 4 Labels :


Assalamualaikum

Hari tu adik aku duk membebel pasal awek dia yang kerja asek call dia. Mesej dia. Sebenarnya takde la hari tu sangat. Dah setahun pun perkara tu terjadi. kihkihkih. Mula-mula aku ingat derang gaduh so harus la soalan aku berbunyi begini, "Gaduh ke?" dengan nada meleret. Niat nak perli. Hahahah. Dia balas, "Tak lah. Cuma bosan. Asek nak berkepit je. Ingat orang takde kerja lain ke selain nak kena mesej dia, call dia selalu. Dah la cakap benda sama je tiap kali". Haaaa melopong aku dengar adik aku membebel. Biasa dia tak membebel panjang macam tu. Selalunya dia hadiahkan penumbuk je terus ke atas lengan berhampiran bahu aku. Kali tu dia membebel. Mungkin sebuah tumbukan tak dapat eksperasikan perasaan dia waktu tu. Aku agak la.

Ok. Entry kali ni nak cerita dekat kita-kita yang gegurl ni kenapa boffie-boffie engkorang macam nak taknak je borak atau mesej dengan engkorang. Eh! whatsapp sekali. Zaman sekarangkan zaman whatsapp, wechat, viber. No more mesej. Lagi-lagi tak lama lagi dah nak GST. Eh!

Berbalik kepada topik serius ni, 'KENAPA LELAKI CEPAT BOSAN DENGAN AWEK DIA??'. Ada banyak faktor yang menyebabkan kaum Adam ni jadi mudah bosan dengan kaum Hawa.

Faktor pertama. *Rasa macam tengah menyiapkan karangan STPM sepanjang 380 patah perkataan*. Ok! Faktor pertamanya. Korang (yang gegurl lah especially) asek contact derang. Asek sangat. Sampai dalam sehari tu lebih dari 4 5 kali korang contact. Tak kisah la through call ke whatsapp ke viber ke asalkan korang buat perkara yang menghubungkan korang direct dengan dia. Dah tu cerita benda yang sama je tiap kali. Bosan tawu? Kalau aku lelaki tu, aku pun bosan. Sikit-sikit cerita pasal kucing mati. Takpun pasal berat naik tak sampai sekilo. Aishhh!

NI nak kasi tips. Korang better guna orang tengah sekali sekala kalau nak berhubung hari-hari dengan boffie korang. Guna orang tengah takpe. Sebab apa? Kalau korang atau dia tengah bengang, orang tengah yang akan kena marah. Bhahahahah. So, kena marah pun tak secara direct. Ok? Boleh faham? Tu pro dia. Kontranya pula ialah ... korang kena berhadapan dengan kemarahan kuasa dua. Satu dari pasangan korang. Lagi satu dari si penyampai tu. Sebab dia dah stress dulu. Kena marah dulu-dulu lagi dari ko.

Kita ke faktor kedua 'KENAPA LELAKI CEPAT BOSAN DENGAN AWEK DIA??'. Bila dah selalu sangat call, selalu sangat mesej, derang akan rasa seperti dikongkong. Lagi-lagi kalau derang kata nak pergi main bola atau tengok perlawanan bola. Mula la korang guna oktaf paling tinggi kata JANGAN sampai gegendang telinga dia terima gegaran 7 pada skala richter. Mana la dia tak hangin. Dah la kalau derang halang korang buat benda yang derang tak suka tapi korang suka, korang buat bo layan je. Tak adil la macam tu. 

Tapi bercinta sebelum kawin pun tak adil jugak. Opss! *tutup mulut*

Faktor yang ke seterusnya dalam perbincangan kita yang serius ni ialah faktor kerap sangat dating. Dating selalu sangat pun boleh menimbulkan perasaan boring. Lagi-lagi sebab cuma boleh pandang tapi tak boleh sentuh. Cuba kalau dating dengan kerap lepas kawin. Mesti seronok. Tak boring langsung. Sebab boleh buat apa je. Takde yang nak marah. Kalau ada yang marah, sua kad pengesahan perkahwinan depan muka dia. Oooo berani nak marah-marah. Suka hati a. Ni suami aku takpun ni isteri aku *jelir lidah*. Lagi buat derang boring kua dating dengan korang sebab asek dia je yang kena kua duit bayar macam-macam kehendak nafsu ko. Duit ko sendiri, simpan elok je dalam peti besi yang kena melepasi 7 pintu besi lain untuk sampai ke duit tu. Errr hiperbola sangat ke ayat aku?

Faktor yang terakhir dalam topik 'KENAPA LELAKI CEPAT BOSAN DENGAN AWEK DIA??' ialah ... korang ada tabiat buruk yang menyebabkan derang boring. Misalannya ... kerja asek mengumpat je. Bajet bagus. Padahal derang tengok korang kecik-besar-kecik-besar je tiap kali. Tak pun korang punya sifat merajuk yang melampau-lampau. Sampai kat hati dia terdetik 'aku benam jugak karang dia ni dalam Sungai Melaka'. Tak pun ... korang ada sifat pemarah yang kalah singa. Apa je yang dia buat serba tak kena. Korang asek marah je dia. Depan public pun depan public lah. Korang tak hirau pun. Asalkan korang rasa boleh lempiaskan rasa marah korang dah cukup. Ish! Tak bagus la macam tu. Kalau aku yang jadi boyfriend korang, lama dah aku karate rusuk korang. Dah la rusuk pun aku bagi pinjam. Berani sungguh nak marah-marah aku. Pulangkan balik rusuk aku! Pulangkan! *keluar lagu Pulangkan - Misha Omar. tetiba*

Kesimpulannya gegurl sekalian ... kalau boboiboy korang bagi respon negatif dekat korang sejak dua menjak ni, maybe korang kena kaji faktor-faktor yang aku gigih taip ni. Maybe ada yang korang terlepas pandang. Then buat la pembaikan. Tu pun kalau korang takde option boyfriend 2 3 4 5. Maksudnya ko jenis setia la. Tak layan skandal-skandal ni semua. Ok?

To boizzzzz pula. Kalau korang buat perkara yang sama macam yang di listkan oleh aku di atas tu tadi, kemungkinan untuk awek ko berlaku dingin dengan ko adalah tinggi. So, kena kaji kesilapan ko then ubah. Jangan nak jahat mulut sangat tuduh awek ko curang. Ko yang buat taik pastu nak lumur kat orang. Flying kick mahu? Marah ni. Marah.




4 comments:

  1. Hahaha tergelak-gelak bace sesorang. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Bf sy selalu abaikan sy. Nk mesej pon mcm nak tak nak je. Dah ade orang lain la kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki memang cepat bosan dgn ppuan yg asyik call n msj 48jam. Lebih2 lagi yg suka cakap perkara yg sama. (=^_^=)

      Delete