888 Review

Belajar pakai mask ini malam

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:48 PM Comments : 2 Labels :

Assalamualaikum

Since 2 3 4 menjak ni aku batuk non stop sampai tahap member-member pun asal nampak aku je nak lari. Asal derang lari je mesti sebab nampak aku and since aku tiap kali batuk je mesti sampai tahap menegeluarkan isi perutttt ....

SO

Aku ambik keputusan beli mask. Lagi pun ada satu member aku ni, dia punya tahap bengang dengan aku punya batuk sampai dia kata "Eh! Fana niiii aku bagi mask juga karang dekat budak ni". Tak cukup dengan itu, derang pergi main-mainkan gaya batuk aku. Dengan over nya. Gaya derang ajuk batuk aku macam gaya orang tercekik something yang tak mampu nak dikeluarkan lalu mati ditempat kejadian. Aku ni dah la hati selembut kulit bayi. Dahhhh tersentap-sentap patpuluhnakribukali hati mak ni nak. Huuuuu T.T

Dahhhh beli mask, aku ada masalah nak pakai. Bukan nak pakai yang sangkut dekat telinga dan siap tapi yang ... bahagian yang putih ke dalam ke yang biru yang patut aku pakai bahagian dalam.


Taknak terjebak dalam peribahasa malu bertanya sesat jalan jadi aku tanya la cara pemakaian mask yang betul. Ada member yang baik hati ni pun terangkan dekat aku macam ni " Kalau kita yang si pembawa penyakit, pakai mask dengan bahagian biru pekat dekat dalam tapi kalau kita taknak terjangkit pakai mask dengan bahagian biru pekat dekat luar".

Member lagi satu pulak kasi input dekat aku dengan mengatakan bahawa kebanyakan orang kalau pakai mask. derang akan letak bahagian biru pekat tu dekat luar.

So, malam ni saya dapat ilmu baru. Awak pula bagaimana?


2 comments:

  1. haritu masa kecoh dengan penyakit ntah apa lupa dah , hehe ! Saya selalu pakai mask , and yang warna biru di luar . Abah pun selalu cakap kalau tak nak terjangkit biru dekat luar , kalau kita yang sakit , biru di dalam .

    ReplyDelete
  2. SH baru taw.... ingatkan memang sentiasa kene pakai biru belah luar.....haha

    ReplyDelete