888 Review

Cabaran 30 Hari | Hari 9 : 5 Lelaki yang menarik perhatian

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:53 PM Comments : 2 Labels :

Di dalam dunia yang penuh dengan attention seeker ni, ada macam-macam cara untuk orang menarik perhatian orang lain. Misalnya macam bercengkerama pakwe makwe di tempat public. Macam belangkas. Belangkas pun sopan lagi rasanya.

Tapi takpe, biarkan mereka dalam dunia kepoyoan mereka. For those yang mempunyai kuasa untuk menegur perbuatan takde moral tu ... please do yang selayaknya. Paling koman pun tegur dalam hati dan sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.


  • Mencegah Kemungkaran
Pengertian Hadis
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
Hadis sahih riwayat Muslim


But nowww i don't want to talk 'bout attention seeker ni. I want to talk 'bout makhluk tuhan yang tak berniat pun nak tarik perhatian orang (i mean aku) but dah berjaya tarik perhatian orang (I mean aku).

First ... I really love lelaki yang pakai kot. Macam lelaki Korea contohnya. Makhluk-makhluk niii kalau tak buat benda-benda yang tarik perhatian aku pun aku dah boleh tertarik perhatian nak tengok derang. That's why I love watching Korea movie or drama. Sampaikan penjenayah dia pun aku boleh jatuh hati. kau tahu takkk, penjenayah dalam cerita Korea pun boleh pula orang-orang yang berkot. Aku tak boleh tengok orang dress up smart smart sangat ni, mula la rasa geram nak cakar-cakar.


Dah la berkot, naik basikal. Charming sangat.


Second ... aku suka lelaki yang tak segan silu jalan pimpan tangan nenek dia yang bongkok 3 atau tolak wheel chair atuk dia sambil-sambil beraksi macam tour guide untuk atuk dia. Sangat sweet ey manusia-manusia macam ni. Sangat-sangat menarik perhatian. Rasa nak tengok banyak-banyak kali sampai mata taknak berkedip. Hmmm wujud lagi rupanya manusia macam ni. I want one. Kalau nenek or atuk dia pun dia boleh layan baik, isteri dia and anak dia pun dia akan layan baik juga. Begitu juga la dia akan layan family dia nanti. Ya Allah ... cair sangat. Tak sabar nak tunggu lelaki macam ni muncul dalam hidup. Hadir dengan pakej berkot pula tu. Kalau bukan pakai kot dekat atas sekalipun, pakai kot doktor pun I terima. Ngeeee.



Third ... lelaki yang pelik. Macam pelik je spesfikasi aku. Selain aku ada lagi ke yang suka lelaki yang pelik dekat sini? Contoh pelik tu macam ... tak nak bawa kereta waktu siang sebab malu. Hahaha. Lawak betul. Nak gelak sungguh-sungguh takut kecil hati tapi memang lawak kan. Sumpah lawak alasan tu. Tak kurang juga krikkrik. Aku tak sangka wujud lelaki macam ni and YES! dia memang ada atas muka bumi Allah ni. At somewhere.

Forth ... aku suka lelaki yang ada pegangan yang kukuh dalam hidup dia. Lagi-lagi kalau pegangan dia tu al-Quran dan hadis. Cukup-cukup kukuh tempat berpaut dia. Betul-betul menarik perhatian aku. Sampai hati ni rasa meronta-ronta nak kenal. Tapi kan ... haip hati, jangan nak ngada-ngada sangat. Mama babab nanti. Biasa dia tu! Menggedik lebih-lebih. Sabar sikit. Besederhana. Bukan ke sabar tu separuh dari iman? Meskipun iman kau senipis kulit bawang je ... jangan la tunjuk sangat.

Last but not least ... semua ciri-ciri lelaki dia atas adalah ciri-ciri lelaki yang menarik perhatian saya. Dan ianya akan menjadi satu bonus bila dia seorang yang handsome serta berpelajaran jauh sejauh di Rusia sana tu dan seorang doktor. Dan akan menjadi double special bonus kalau dia adalah kacukan melayu + cina.

pssst, over the sky sangat ke lelaki yang menarik perhatian aku ni? Tak nampak kisah dongeng kan?



2 comments:

  1. Oo..suka lelaki baju kerja eh? Seriusly lelaki berkot mmg nampak kacak. Sampai rasa cam nak tampar2 je, asal ensem ngat! Hahaha

    ReplyDelete