888 Review

Antara Letizia Ortiz dan Kate Middleton

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:41 PM Comments : 7 Labels :

Kalau di tanya siapakah gerangannya Letizia Ortiz Rocasolano kepada aku, aku akan jawab dengan soalan jujur, "siapa tu?". Satu jawapan yang tak dipanggil jawapan haha. Faham kan? Dan kalau yang tanya soalan tu adalah member aku yang ... dan aku jawab soalan dia dengan soalan, aku tahu dah dia akan cakap apa.


Hei! Blogger macam kau pun tak kenal dia ke? Dia terkenal kot blablabla. Kau sepatutnya kenal dia blablabla. Aku yang tak blogger ni pun kenal tau ...

Aish! asek nak condemn aku je. Geram betul! Lagi sakit hati kalau ada yang menyokong kenyataan tu. Siap tambah perisa dan rasa setanding megi cukup rasa. Eeeeee sakit pulak hati kita.

Biau ler aku tak kenal dia pun. Bukan jadi soalan hekzem pun. (malangnya cuma jawab dalam hati je. Malas nak gaduh pasal benda yang tak logik. Tak make sense pun)

Tapi kalau tanya aku "kenal Kate Middleton?" Haaa pasal figura ni aku dengan yakin akan jawab soalan dengan jawapan. "Kenal. Gila tak kenal isteri Prince William tu. Cantikkan dia. Pandai betul bergaya. Dah la anak dia comel gila. Oh! Prince George, kenapa comel sangat ni????" Bukan setakat kenal je jawapan yang aku kasi tapi siap dengan elaboration lagi sampai member aku boleh impressed. Elaboration test paper negotiation aku pun tak sepanjang tu ==' Ok, i should pahamkan lebih lagi mengenai subjek Negotiation coz takde soalan pasal Kate yang bakal di tanya dalam paper tu nanti T.T 

So, apanya yang antara Letizia Ortiz dan Kate Middleton?

1) Kedua-duanya adalah rakyat biasa pada asalnya tapi akhirnya jadi permaisuri dalam negara masing-masing. Sorang permaisuri Britain yang lagi sorang permaisuri Sepanyol (sebut dengan slang Sepanyol sikit). Rasa semua dah tahu siapa yang permaisuri Britain. So, permaisuri Sepanyol harus lah figura yang lagi satu tu.

2) Dua-dua pun cantik dan pandai bergaya. Nah, saya belanja gambar derang khas untuk readers sayang :)

Letizia Ortiz

Kate Middleton
Dalam persalinan pengantin. Style nak dekat sama. Baju nampak lebih kurang. Gaya pun saling tak tumpah. Memang permaisuri macam ni ey?



Gaya nak pergi occasion. Pun nak lebih kurang. Hmmm jadi permaisuri ni dah ditetapkan kot format pemakaiannya macam mana :) Banyak la lagi gambar lain. Boleh google sendiri kot. So now, beralih ke point seterusnya.

3) Dua-dua pun ada anak yang comel lote belaka.

Kate dan princenya

Letizia dan princessnya

4) Lagi~ dua-dua pun suka buat kerja amal.

5) And~ dua-dua pun disenangi dan menjadi lambang kebanggaan rakyat negara masing-masing.

6) Last sekali (ceh! nampak macam nombor 5 macam dah nak last, rupanya belum haha) kedua-dua mereka merujuk kepada Kate dan Letizia, peminat fesyen. Tengok dari gaya pemakaian dan style baju pun dah tahu kan taste fesyen masing-masing acano.

Ok, sekian saja dari saya mengenai antara Letizia Ortiz Rocasolano dan Kate Middleton.



Gelabah

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:26 PM Comments : 3 Labels :

Tiada apa yang mampu membuatkan aku gelabah kambekk atau lemmooo melainkan bila aku sedari yang kalkulator casio aku kehabisan bateri. Lagi membuatkan situasi menjadi worth~ bilamana esok ada test ekonomi dimana aktiviti kira-kira mendominasi masa 2 jam aku! Argggghhhh! Oksigen puhlease~ Nak oksigen.



Gara-gara casio, aku terpaksa mengerahkan tulang 4 kerat roomate and classmate ke Jusco semata menemankan aku cari bateri kalkulator. Benda ni sangat mustahak ok. Mustahak gila. Kalau tak mustahak, HAROOOMMM aku nak mengajak. Nasib baik dua-dua pun nak pergi bank and bank islam ada dekat JJ. Kalau tak~ mahunya aku terkontang-kanting ke JJ sorang diri macam manusia yang sangat kasihan di atas muka bumi. Kalau itu yang berlaku, baru betul sudah jatuh ditimpa tangga huhuhu.

Perkara ni boleh masuk slot HARI INI DALAM SEJARAH if korang tonton tv 1 la. Kenapa? Sebab aku jarang jadi mastermind bab-bab nak pergi mall ni. Biasanya aku lah yang pegang watak manusia yang dipaksa member-member untuk ke mall bhahahha. Tapi hari ni lain.

Dah sampai Jusco, terus menuju ke kedai jam. Dah takde nak melagho-lagho dah. Risau nih risau. Tapi tetiba bunyi cd rosak. Suara latar yang penuh bersemangat dah hilang dek kerana pekerja kedai jam kata derang takde jual bateri casio. Hancur hatiku~ mengenang dikau~ Menjadi keping-keping huhuhu.

Jangan risau kawan-kawan, aku belum give up. My name is never give up kan~ Remember? So, pergi Hinode shop pulak dengan harapan derang ada jual bateri casio. Tapi kali ni rasa down sungguh harapan. Derang kata, bateri macam aku pegang tu ada dekat Tesco. Makkk~ Aih! Nak kena manapak la ni citer dia? Member aku memang awal-awal dah surrender. Bila dia surrender, aku pun jadi surrender sama. Rasa nak tampar diri sendiri laju-laju. Mudah sangat terpengaruh dengan orang. Pang sekali lalu insaf.

Namun begitu, disebabkan taknak keluar JJ dan pergi Tesco, aku berusaha lagi. Masuk kedai Besta pulak dengan harapan yang sama. Maybe derang ada kot bateri Casio. Tapi macam biasa jugak, aku kecewa dan hampir menangis. Dah 3 kedai dah ni wehhhhhh!!! Apehal loser sangat tempat ni? Bateri casio pun takde. Dekat Parit Raja, Batu Pahat tu~ masuk je kedai jam, aku dah boleh keluar dengan senang hati sebab masuk dengan kalkulator yang mampus, keluar dengan kalkulator yang 'bernyawa'. Tu belum lagi masuk kedai-kedai yang jurujualnya menayangkan muka kerek nak mamp. Panas hati aku. Dah la bateri casio takde, muka pulak nak kerek bagai! Siku nak siku? I'm crying~ A lot!

Akhirnya, harapan terakhir aku adalah dekat Daiso. Kalau Daiso pun takde bateri casio memang aku die so dekat situ jugak. Aku masuk Daiso dengan harapan dan mengharapkan pulang dari Daiso dengan kejayaan. Andddd~ I did it! Daiso ada bateri tu. Yippi~ Rasa nak joget lambak dekat situ haha. Over? Memang pun sebab JJ Melaka pun over jugak! Punya la besar tapi satu kedai je ada jual bateri Casio. Huh! Nyampah! but i love Daiso so much. Daiso macam hero gue hari ni. Takde la nightmare aku malam ni memikirkan test ekonomi esok. Phewww. Alhamdulillah.


5 donts when you said you wanna cover your aurah

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:36 PM Comments : 13 Labels :

Hai, aku hampir berputus asa untuk buat entry baru. Takde idea katanya tapi bila godek-godek FB tadi, terjumpa sesuatu yang sangat menarik untuk dikongsi. Kawan FB saya share dekat saya, saya pula share dekat awak semua. Apa bendanya? Tengok bawah


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sedikit guide untuk aurat wanita. Untuk saya dan kamu :D

Semoga memberi manfaat :)


Kerana Terpaksa Aku Relakan Full Episod - Tonton Online

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:21 PM Comments : 4 Labels :

Adaptasi Novel
Jumlah Episod : 28


Amalan zikir mengikut hari

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:41 AM Comments : 8 Labels :

Assalamualaikum everyone...

Today is Friday *berdehem sebab macam poyo nak spikong*

So, what zikir we should amalkan sepanjang hari ni?

You can see at below picha (maap la kalau BI berterabur. Saya orang kg Kak)



Yeah!!! jadikan YA ALLAH mainan di bibir sepanjang hari ni.

Bukan panjang pun.

Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. (buat sampai rahang kerem)

Takpe... kerem kerem pon ada pahala da tu. Cuma jangan riak la.

Berzikir sampai satu bangunan boleh dengar.

Kenapa kau? MenCaPub?

Nak tunjuk ingat Allah sangat?

Takpe takpe. Simpan semua tu dalam peti besi kunci campak dalam lautan Hindi.

Biar tak boleh cari meskipun guna radar paling canggih.

Biar Allah je yang tahu effort kau.

Biar Allah yang nilai.

Kadang-kadang penilaian manusia ni annoying sikit *blurghh.

So, selamat beramal.

Perlu diingatkan yang amalan zikir mengikut hari ni untuk memudahkan kita.

Yela, zikirkan ada banyak zikir.

Kadang jadi cacamarba bila dekat hati nak sebut Ya Allah.

Minda kata nak sebut Astaghfirullah.

Alih-alih dekat bibir keluar Laa Haula Wala Quwwata Illa Billa.

So jangan la jadikan isu macam benda ni ada state dalam hadis ke?

Al-quran ada nyatakan macam ni ke?

Jangan. Jangan. Jangan ok! Jangan!

Benda takde isu, benda mudah, jangan payahkan macam kaum bani Israel zaman nabi Musa.

Sekian saja tazkirah Jumaat :)


My name is NEVER GIVE UP

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:54 AM Comments : 4 Labels :

Aku bukan selalu nak menang.

Tapi.....

Kalau ditakdirkan untuk kalah...

Aku prefer kalah yang BERMARUAH!

Baru rasa juara walaupun cuma dalam dunia sendiri :')

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 What is your name young lady?

My name is NEVER GIVE UP!




Info sihat anda : Tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:23 PM Comments : 5 Labels :

Alhamdullilah, test pun sudah habis. Sekurang-kurangnya dah relax la sikit minggu ni sebelum bermati-matian semula di minggu hadapan. Jadi, marilah kita sama-sama mengamalkan tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW.


Apa? Ayat pertama tak relate dengan ayat kedua?

Memang pun. Sebab nama lain untuk FF adalah OVER THE SKY~ (krikkrik krikkrik)




Kisah kakak tiri Snow White

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:11 PM Comments : 4 Labels :

Pada zaman dahulu, di sebuah bilik yang didiami seorang adik yang suka berangan, tinggallah juga seorang kakak yang terpaksa menahan perasaan bila adiknya suka kengkonon yang diri dia tu Snow White.

"Hmmm~ Ok, Snow White"

Sama seperti dalam cerita dongeng yang lain, cerita dongeng ni pun opkoz kena ada watak antagonisnya. Jadi, dalam cerita zaman dahulu (la sangat!) ni~ memang dah takde orang lain dah yang kena pegang watak jahat kalau bukan si kakak. Yela, dalam bilik cuma ada 2 kerat je manusia, siapa lagi yang harus jadi mangsa keadaan? Kakak la kan~ Bijak~ Bijak~

Adik nak jadi Snow White, si kakak ada pilihan watak apa je? Nak taknak, rela tak rela, si kakak kena jadi kakak tiri Snow White. Persoalannya, sejak bila dalam kisah dongeng Snow White terwujudnya watak kakak tiri? Haish! jawapannya senang je~ Sejak cerita ni dah diolah dan diputar belitkan sampai terlilit oleh si adik kengkonon Snow White tu.

Takpe lah. Layankan je. Tak layan karang, menangis pula. Huhuhu

Kenapa tetiba pulak kau nak buat cerita acah-acah bedtime story memalam ni an? Sebab aku terjumpa satu blog ni dengan url yang membuatkan fikiran aku ternaik mesin masa dan berundur ke belakang bukan ke masa depan seperti selalunya dalam cerita Doraemon. Apa urlnya?



Tergelak aku bila baca url blog ni. Bukan tergelak sebab kelakar or mengejek coz macam chomel-chomel je alamat url pun haaa~ tapi sebab teringat apa yang adik aku selalu panggil aku. KAKAK TIRI SNOW WHITE *bunyi guruh. Kejam sangat je bunyinya. Kakak tiri? Padahal di alam nyata adik-beradik sama mak sama bapak.

Eh! Eh! Eh! Kira da kantoi a ni yang ni sebenarnya kisah aku dengan adik aku yang boleh tahan ngokngekkepalakemek tu haha.


So, kalau rasa nak berkenalan dengan Snow White beta, boleh visit dia dengan klik banner atas tu. Pintu sesuka hati beta akan hantar tuan hamba ke sana nanti. Tata~



Kalau aku nak kaya ni yang aku kena buat :)

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:30 PM Comments : 4 Labels :


Kepok lekor Melaka

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:21 PM Comments : 7 Labels :

Pernah dengar Melaka ada kepok lekor? Macam mana kalau aku tanya familiar tak dengan kepok lekor Mersing? Tapi kompem lah semua orang tahu pasal kepok lekor Klate, tanah tumpah darahku dengan kepok lekor Tganu (walaupun sebenarnya lebih popular dengan sata). Memang kepok lekor dua negeri ni takde tandingan lagi. Ala, yang dekat Mersing tu orang Tganu punya perusahaan. Bukan orang Mersing pure yang buat. Boleh buat ayat macam tu? Macam~ errr macam pertikaikan kepok lekor Mersing haha. Ok ok sori. Sori tak buat dah huhu.

Ok, berbalik kepada kepok lekor Melaka. Siapa pernah dengar pasal kepok lekor Melaka? Mesti a tak pernah. Melaka terkenal dengan coconut shake je. Kepok lekor-kepok lekor ni takde. Kalau ada pun, beli dari luar. Macam tu jugak dengan kepok lekor yang tetiba terwujud dalam rumah ktorang ni haaa. Tetiba je ada bila member yang baru je pulang dari Tganu sampai umah. Ajaib.

Kenyang la perut semua housemate malam ni. Alhamdulillah.








Satu duit kecil untuk Satu dosa dalam Satu bulan

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:48 PM Comments : 4 Labels :


Saranan yang sangat baik.

Since no one perfect dalam dunia ni, of coz akan buat dosa.

Rasanya boleh la praktikkan buat macam ni every month.

Tiap kali rasa buat silap atau bahasa yang menyayat hati sikit, DOSA, masukkan satu duit kecik dalam satu kotak dalam satu bilik kita (kau kenapa nak jadi tamak sangat sampai semua bilik dalam rumah nak jadi bilik kau? Satu sudah! Tak rasa berdosa buat orang takde bilik? ok, cepat-cepat lari masuk dalam bilik masukkan duit kecik dalam kotak sebab rasa berdosa). Lepas sebulan amik semua duit-duit kecik tu sedekahkan.

Aku pernah baca dan pernah dengar ustaz dan ustazah aku cakap, selagi dosa yang kita buat tu belum dikategorikan sebagai dosa besar, setiap kali kita buat benda baik, dosa-dosa kecik tu akan terhapus. Mudah-mudahan dengan satu duit kecik untuk satu dosa dalam satu bulan (tapi diteruskan untuk bulan-bulan berikutnya) boleh menghapuskan dosa-dosa kecik kita.

Sebenarnya, tak ramai pun manusia kena campak dalam neraka sebab buat dosa besar. Kebanyakkan yang tercampak dalam neraka tu sebab dosa kecik yang asek diulang-ulang perbuatannya. 

Duit satu sen pun, kalau asek disimpan-disimpan-disimpan, lama-lama jadi banyak juga. Macam tu la jugak dengan dosa kecik yang selalu dibuat-dibuat-dibuat lagi tanpa ada rasa insaf.

Walaupun belum tentu nilai satu duit kecik tu mampu untuk hapuskan dosa, at least kita sedar yang kita dah buat benda tak betul dan cuba untuk perbetulkannya semula.

Wassalam. Renung-renungkan (untuk renungan dirimu juga diriku) :')