888 Review

Permulaan cerita hantu mesti disebabkan cerita bukan hantu dulu

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:36 AM Comments : 4 Labels :

Rasa macam ajet-ajet berani je pergi open table then buka cerita hantu malam-malam macam ni. Dah la malam ni malam Jumaat. Dah la sejak dari kecik lagi asal malam Jumaat je semua orang takutkan aku dengan bagi tahu yang malam ni, tepat je pukul 12 malam macam sekarang ni... adalah masa untuk hantu-hantu sedunia berjimba secara berjemaah. Kira malam ni macam malam minggu untuk derang la. Dia, orang ke? Persoalannya.

Padahal sebelum masuk cerita seram tadi, cerita sebelumnya takde seram langsung pun. Sikit pun tak. Malah penuh ilmiah lagi. Duk bincang pasal projek paper seterusnya. Kadang-kadang suasana jadi macam meluat-luat sikit sebab pergi melencong ke sesi luahan rasa nak-menjeling-sampai-juling dekat orang yang berperangai negatif. Cumanya sesi tu aku tak amik port coz aku takde dalam kelompok pencerita. Pastu, tup-tup termasuk cerita hantu. Keyword dia adalah BOLA MATA BESAR. Member aku cerita yang member dia punya bola mata hitam besar gila. Dia punya besar macam orang pakai lens besarkan anak mata hitam tu. Memang ori besar aa bijik mata dak tu. Aku rasa kalau budak tu pakai lens yang besarkan retina tu, eyeball dia dah boleh pinjam jadi prop cerita alien. Aku rasa laaa. Takpun biar je budak tu yang jadi alien. Boleh jana side income. Pastu gaya tido member dia macam gaya mayat diqiamkan. Biasanya memang dia takut aaa nak kejut member tu dari tido sebab cara member tu bangun sebijik gaya pelakon-pelakon dalam cerita seram yang baru habis tersampuk hantu bangun buka mata sambil diiringi muzik seram. Yang tambah kesan seram tu tang mata besar dia tu. Daaahhh tak memasal masuk pulak cerita pasal lagu pulangkan berhantu lah, berkawan dengan member yang ada saka lah. Apa-apa je lah lagi. Malas nak rewind semula. Ingat kaset? (padahal takut terbawa-bawa dalam tido).

Yang penting, malam ni kompem sebelum tido aku akan jengah dulu bawah katil, lepas tu tarik langsir tingkap rapat-rapat sampai cahaya tak berpeluang langsung nak masuk bilik, then letak yasiin dekat sebelah. Haaa... laptop mesti simpan dalam gerobok elok-elok atau aku akan dengar bunyi keyboard aku ada yang ketuk. Rajin nau nak menaip di kala orang nak tido. Lagiiii .... ruang bawah pintu pulak nak tutup dengan kain. Aku taknak tengok bayangan lalu lalang depan bilik aku.

Aku memang penggemar cerita seram tapi Aku memang tak suka berkongsi kisah seram diwaktu malam. Macam gini lah jadinya nanti. Ish! Kacau aaa kacau!

4 comments:

  1. Wahh, takut gila tu kalau ada member mata besauuu benorr tuh.. >.<

    ReplyDelete
  2. hohohh..mata bdk tu lagi besar dari mata heliza ke??cer bayangkan mata besar dye tu wrna merah hohoho seram siot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la. Maybe. Mata Heliza pun besar sebab lens kan? Tapi kalau mata dia kaler merahhh memang tak cukup tanah la nak berlari.

      Delete