888 Review

Wordless Wednesday ; Find physiological word that will describe you

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:33 PM Comments : 4 Labels :

I played this word search with my lecturer and friends and now nak ajak korang main juga hehe. It is such a fun and brilliant game you know. Why? Kena la main dulu baru tahu :)


Mungkin betul, mungkin tak apa yang korang dapat dan jumpa tu but It's really fun to know it you know? Try it! :D Write down what you get (saja ja nak tahu) sebab kebanyakannya betul tau! Eya... siyes! Tak tipu. Betul... Tipukan dosa. Ngee~ (Erm banyak pula ayat aku. Dah tak macam wordless dah entry ni haaa).

Dari roti telur ke doa jodoh

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:41 AM Comments : 1 Labels :
Dah masuk area 20-an ni, bukan main seronok lagi bercerita pasal jodoh. Betul tak awak-awak yang 20-an? Walaupun permulaan cerita berkenaan nak pergi makan roti telur tapi takde yang nak teman je pun (memang tak relate pasal nikah kawin betul topik asal) bila ada sesi celah mencelah dan tokok tambah, start la cerita jadi meleweh-leweh dan terkeluar dari landasan. Mula-mula meleret pasal boyfriend pastu masuk pasal secret admire. Pastu buka cerita pasal member yang dah tunang. Buka cerita lagi pasal member yang dah kawin pula. Yang lebih menambah perencah dan rasa bila pergi jengah insta mereka yang dah sedikit demi sedikit bertukar status tu. Tengok gambar. Belek gambar pastu geram sendiri bila tengok pelamin cantik sangat. Tu belum lagi tengok orang yang terlibat sesudah dimake-up kan. Terpana sejenak sampai nak kelip mata pun sayang. Belum juga tengok betapa meriahnya majlis tu. Boleh diserang histeria serta-merta haha. Ok, over! Bila dah habis buat semua tu, start la berangan. Nak dress macam ni la bila kawin nanti. Nak pelamin macam ni lah bila bersanding nanti. Nak tema sekian-sekian la nanti. " Eh, cantiknya photographer ni shoot gambar. Nak gunakan perkhidmatan dia lah ". Dah sudah... semakin ke laut semuanya.



Tapi kadang-kadang seronok juga cerita pasal benda-benda macam ni kekeke. Tambah-tambah lagi dalam usia yang orang kata dah layak kawin dah pon haaa. Pakal je aku bukan hidup zaman atuk nenek aku dulu. Kalau tak ... musti anak aku dah berderet-deret macam deretan kedai yang ibarat cendawan tumbuh lepas hujan (puih!). Cantikkan dress Irma? Bila aku kawin nanti, aku pun nak dress macam ni. Hehe. Tapi seperti biasalah in my dream only unless aku ada pitis berkepok-kepok atau popular macam Irma kekehkeh.


Sekarang kita beralih cerita ke kisah pelamin idamanku yang belum musnah bhahaha. Merepek gilos-gilos. Ni, aku cilok gambar sepupu aku kawin. Hehe. Harap dia tak sedar. Aku sangat adore dengan pelamin diorang. Nampak nice sangat-sangat-sangat. Sekali pandang nampak macam sentuhan manusia-manusia yang kerjayanya memang gubah pelamin orang but nayyyy actually pelamin tu hasil sentuhan magis auntie aku yang kerjanya masak-masak dekat dapur untuk suami dan anak-anak .... sedara. Auntie si pengantin perempuan juga la. Auntie kami. Auntie .... nanti titew pun nak juga satu kikiki. Jatuh hati okeyh dengan pelamin tu. Background dia. Lighting dia. Superb! Dah la baju pun lawa. Pengantin pun macam pinang di belah-belah. Dah la aku yang paling kasihan tak dapat attend wedding mereka ni. :'( Nangis.

Dan kemuncak perbualan berkisarkan jodoh antara kami yang pada mulanya 3 berkurangan menjadi 2 ialah pencarian doa berkaitan jodoh. Erk! Apakah motifnya? Nampak gaya macam aku dah bersedia menamatkan zaman bujangku saja. Sebelum lebih ramai yang salah faham biar aku explain. Doa tu member aku yang nak bukan aku. Korang expect apa ....? Aku harus la seperti biasa. Watlek. Watpaece. Lex luhhhh. Pekena nasi lemak kopi O. Tak yah kelam sangat macam Gua Kelam bak kata adik aku. Yang part macam Gua Kelam tu adik aku tak pernah kata pun. Paham-paham sendiri sudah ler.

Locker Make Over

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:25 AM Comments : 5 Labels :
 Ironinya, hanya yang dah biasa duduk hostel je pakar berkaitan 'menjinakkan' locker ni. Ini betul ye. Aku lihat ( eceh! ) rata-rata member-member yang asalnya memang dari hostel sejak form 1, locker diorang memang tiptop. Cara lipat baju, susun atur locker memang superb. Aku pula tak pernah ada background duduk hostel. Jujurnya, bila dah belajar dekat UiTM ni la baru aku mula nak jinak-jinak dengan kehidupan hostel. So, aku memang tak berpengalaman lah dengan kes-kes 'menjinakkan locker' nih. 'Menjinakkan' locker di sini maksudnya macam mana nak memanfaatkan setiap sudut ruang yang ada dalam almari yang kecik tu untuk isi barang tanpa jadikan locker nampak berserabut. Dekat situlah nak gantung baju. Dekat situ juga nak susun baju-baju dan seluar-seluar ke kelas. Situ la juga nak simpan 'adik-adik' baju dan 'adik-adik' seluar. Dalam tu juga lah nak sumbat segala macam facial care terutamanya gegirl macam den ni ha.

 Kalau macam aku sendiri, memang aku fail bab-bab susun atur barang dalam locker ni. Itu memang statement jujur! Lagipun dah bagi tahukan tadi yang aku baru je 3 sem menjalani kehidupan budak hostel ( kesian ). Jadi, memandangkan aku dah duduk sebilik dengan stok-stok budak hostel, jadi aku rasa aku kena berguru dengan dia. Ambik ilmu me-locker dia tu.  Frankly speaking, aku memang cemburu dengan kekemasan susun atur locker dia dan ... mmm cara dia lipat pakaian dia. Hehe. Nampak sangat kan yang cara lipatan baju aku selama ni pun ke laut. Jadi malam semalam kerja aku dan dia adalah 'mengerjakan' locker aku sampai bersih, kemas, lagi teratur. Bertungkus-lumus betul kitorang malam tu.

 Benda pertama yang kitorang buat ialah ... KELUARKAN SEGALA BARANG-BARANG YANG TAK PERLU DAN BAJU-BAJU YANG TAK PAKAI HANTAR MASUK DALAM BEG BAJU SEMULA.


Kedua ... LIPAT BAJU YANG SELALU PAKAI DENGAN UKURAN YANG MESTI SERAGAM. Masa part ni, selamba je member aku tu kata " Kau tahu tak, belajar cara lipat baju ni ... aku ajar junior form 1 aku dulu tau masa dekat sekolah ". Aku apa lagi, pandang dia. Tenung dia lama-lama. Aku tahu la aku lagi teruk dari junior kau tu tapi at least aku tak malu nak bertanya babe. Ah! Sentap mak nak.

Ketiga ... LIPAT SEMULA SELUAR-SELUAR YANG SELALU PAKAI DENGAN UKURAN YANG MESTI SERAGAM JUGA SEMUANYA.


Keempat ... GANTUNG SEMULA BAJU-BAJU KURUNG DENGAN LEBIH KEMAS. Berjuta kali aku kena tegur dekat sini. Kain dengan baju tak sama panjang lah. Lipat baju terkeluar-luar lah. Macam-macam lah.

Terakhir ... GANTUNG SEMUA BAJU KURUNG IKUT SUSUNAN WARNA. Mula-mula aku gantung ikut sedap rasa aku je tapi kena marah. " HEI ! GANTUNG BAJU IKUT WARNA ! " Aku pun gantung la semula ikut warna. Hmmm garang cikgu aku --'


Cerewet betul semua tugas-tugas ni. Sepanjang nak settle kan locker aku, asyik merungut aje mulut aku. Tak puas hati. Silap cara lipat baju. Ukuran tak sama. Saiz terlari sikit, kena buka semula and do again. Gantung baju tak sama warna, kena tegur lagi. Dah memuncung secara tiba-tiba bibir aku. Molek betul perangai. Tapi dalam keadaan yang macam paksa rela melakukan semua tu, akhirnya aku tersenyum bahagia bila tengok hasil bersusah payah aku tadi tu.


Susunan baju yang digantung dan yang dilipat


Tolong abaikan plastik dan kotak yang tak berkenaan tu. Hanya fokus pada lipatan baju aku je. Hehe

Silap tak buat perbandingan sebelum dan selepas. Kalau tak, boleh compare. Hehe. Ok, walaupun perkara yang aku buat ni dalam kategori basic thing tapi kalau dah tak tahu tu memang tak tahu la jadinya even common sangat-sangat. So, aku harap entry ni membantu la manusia yang senasib aku atau bagi inspirasi dekat orang yang dah start serabut dengan susun atur dalam locker dia. Hah? Apa dia? Aku sorang je yang berdepan dengan masalah ni? Ok, fine! Adios Amigos!


Cerita Hantu

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:06 PM Comments : 11 Labels :


Masa zaman darjah kecik-kecik dulu, masa kumpul ramai-ramai dengan sepupu-sepupu, mesti kitorang akan duduk berkelompok then buka cerita pasal ghost story. Masa tu, suasana nak feel seram je. Duduk tempat gelap. Pasang lilin. Lepas tu, tukang bercerita pula bukan main menjiwai cerita. Dahhhh kitorang yang berhati kecik ni yang masa tu badan pun kecik juga lagi menggigil serta-merta. Mata asyik melilau ke kiri ke kanan saja. Check line kononnya. Takut ada pertambahan ahli dalam kumpulan yang tak berapa nak besar tu. Bulu roma jangan kata la. Dia pun tercacang macam baru lepas kena renjatan elektrik. Meremang je. Besar kepala-kepala. Kepala otak ni pula, ligat bukan main-main membayangkan satu-satu perkataan yang keluar dari mulut tukang bercerita. Well, budak-budak kan. Imaginasi setinggi langit lepas tu menangis sendiri bila nak pergi toilet, nak terkucil tapi takde yang nak teman. Hmmm kenangan zaman belum mumayiz. Baligh lagi la jauh. Jauh dia macam Batu Pahat nak ke Perak. :)

Cerita sekarang pula, tadi aku baru je balik dari kenduri arwah dekat umah jiran aku. Jarak umah aku dengan umah dia boleh tahan jauh la. Ada la kena buat beberapa langkah sebelum nak sampai kan. Haha ( Ok, tak lawak ). Habis je baca tahlil, habis je makan, aku pun jengah la keluar tingkap. Tahu aku nampak apa? Aku nampak ada la beberapa orang budak kecik buat satu kumpulan kecik. Dalam proses nak buka cerita hantu rupanya. Bukan main bersungguh lagi bercerita sampai aku yang comel lote ni di cop sebagai HANTU KAK LIMAH masa tengah jengah diorang tu. Kureng betul budak-budak kecik tu semua :D Bila duduk sorang-sorang macam sekarang, tergelak aku. Budak ... Budak, macam-macam hal. Haha.


Tapi apa-apa pun, kita kena percaya yang makhluk-makhluk ni memang wujud cuma kita saja yang tak nampak. Kan salah satu rukun iman tu ialah beriman kepada perkara-perkara ghaib. Benda tu dalam kategori perkara ghaib lah. Entah-entah masa aku tengah menaip entry ni pun, dia baik punya berdiri sebelah aku. Entah-entah juga kan, masa korang baca entry ni, benda tu bersimpuh elok je sebelah korang. Baca bersama-sama. Heheh.