888 Review

Segmen Saya Suka Makan

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:45 PM Comments : 0 Labels :

klik gambar kalau nak join keyh :)

Muka bahagia sebab bakal makan.

Saya memang suka makan. Hari-hari saya makan. Kalau tak makan saya akan susah hati seperti ada kata pepatah menyatakan (pepatah ke?) GENDANG GENDUT TALI KECAPI, KENYANG PERUT SUKA HATI. Ngeh Ngeh Ngeh. (Tapi kenapa hobi aku adalah membaca? Bukan makan? Patut ke aku tukar?). Disebabkan kegilaan aku yang suka makan nimmmm, kawan-kawan aku panggil aku PERUT NAGA. Semuanya kerana lepas makan nasik aku masih mampu menyumbat dunkin donat dalam perut aku. Tak cukup dengan itu, aku makan jajan pulak. Belum habis lagiiii .... Aku makan biskut atau roti bakar pulak. Memang perut naga. What say you? Lepas dah makan tu, mula la perut memboyak ke depan. Dah macam orang pregnant berapa bulan entah. Tu belum lagi masuk air. Kebiasaannya kalau lepas makan over dos macam tu then aku minum air, memang SELAMAT TINGGAL ROMEO la dekat makanan-makanan tu semua. Aku mesti akan termuntahkan semua tu. Membazirkan? Sebab tu dalam islam kita kena berenti makan sebelum kenyang tapi makan masa betul-betul tengah lapar. Kalau tak, jadi lah macam saya. (Eh aku ni, sekejap saya, sekejap aku. Aish!)

Sebenarnya duluuu *nak ajak kau mengimbau kenangan aku yang dulu* aku bukanlah spesis manusia yang buruk perangai macam 6 bulan dulu. Dulu aku tak kuat makan. Berat pon alaaalalalahai. Tak 39 KG, 40 KG. Macam tu la averagenya. Yela, zaman kanak-kanak. Kegilaan untuk bermain mengatasi kegilaan untuk makan sebab tu berat pon macam berat orang kekurangan makanan tapi selepas mengalami proses alamiah dimana tiap-tiap bulan bendera merah akan dikibarkan, berat aku sudah tidak seperti dulu kala. Berat sekarang berapa? Tetttt. Yang penting BMI di paras normal dengan tinggi 161cm aku. I think, aku makan macam orang kena sampuk hantu kerana ikotkan nafsu la. Jahat betul nafsu aku nih. Suka ey tengok duit aku kopak? Tapi apa boleh buat ... perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal.

Bercerita pasal fav. food pulak .... aku adore gilos dengan masakan ibundaku terchinta. Memang aku takkan dan tak mampu nak menolak masakan mak aku. Sedap hingga menjilat jari weh. (Pinjam tagline KFC jap) Siyes! Kadang-kadang aku dengan kejamnya menyalahkan masakan mak aku yang sedap tu bila berat badan aku naik. Anak derhaka kah aku?

Nyum Nyum. Kecur liur sayo.

Ok, tu kalau masakan dekat umah. Kalau dekat kedai pulak fav. food aku adalah makanan yang berasaskan air macam TOM YAM atau SUP. Nasi pon aku makan jugak. Biasanya kalau nasik aku akan order nasi goreng kampung atau nasi goreng cili padi dan aku akan request cili dia tu nak banyak banyak banyak angat. Sedap tau pedas-pedas. Nama pon dah nasi goreng cili padi, kalau dah ghupe macam nasi goreng cina baik aku order nasi goreng biasa 1, kan?

Menampilkan video aku makan cikong dengan bersungguhan makan. Makankan kena sepenuh hati. Aku mengaplikasikannya. Baru lah terasa nikmat menjamu selera. Kikiki.

Okeyh... nak tag dekat dia dan dia.

No comments:

Post a Comment