888 Review

Sambungan 20 Perkara Perempuan Tidak Suka Tentang Lelaki

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:01 AM Comments : 5 Labels :
Let's check it out apa lagi yang perempuan tak suka tentang lelaki.

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!



Wahai lelaki-lelaki dan jejaka-jejaka di luar sana. Harapnya anda tahu lah perkara apa yang membuatkan dan menyebabkan perempuan-perempuan, gadis-gadis dan wanita-wanita tak berapa berkenan mengenai anda. Please take note and do an action yang bukan dari 20 perkara ni, okeyh? (Ada yang nak share perkara yang lelaki tak suka tentang perempuan tak? Baru la adil, kan?)

20 Perkara Perempuan Tidak Suka Tentang Lelaki

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:50 PM Comments : 3 Labels :

1. MENINGGIKAN SUARA 
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2.MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
Tapi hakikat memang Lelaki lebih mencintai rokok. Nak buat cner kan? :D

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!



Ok lah, sudah la. Sampai sini sahaja lah dulu. Esok kita sambung lagi bakinya. Boleh berpinar bijik mata baca artikel yang panjang berjela tanpa diselitkan sekeping pon gambar.  Mengalahkan buku akaun. Buku ekonomi pon ada la jugak gambar. (Walaupon itam putih macam zaman TV takde kaler dolu-dolu).

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:36 AM Comments : 36 Labels :

Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli..

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana..

Sepupuku Suamiku

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:21 AM Comments : 4 Labels :



Bagi yang kaki novel, novel ni mesti dia dah baca . Lagi-lagi kalau yang jenis suka feeling feeling bahagia hingga langit ke tujuh . Terbang jauh je bila baca novel bergenre chinta seperti ini . Hinggakan dia mampu menghayati setiap plot cerita tu . Sampai part sedih, dia nangis sungguh-sungguh sampai air mata dia hampir melarut kan dakwat novel tu . Sampai part gembira, dia senyum sampai ke telinga sebab membayangkan dia yang sedang bahagia tu . Sampai part orang ke-3 berjaya disingkirkan, dia akan kata ' Haaa padan muka kau . Jahat lagi . Runtuhkan rumah tangga orang lagi . Amik kau jajan ' . Dah tu bajet dia yang jadi watak utama . Macam cerita tu kisah dia yang punya . Okeyh pencinta novel jangan cepat melatah sebab aku pon layan citer-citer macam ni . Apa yang aku cakap tadi tu memang aku la yang buat . Orang lain mesti tak se-ekstrim aku punya dalam penghayatan cerita nih, kan ? Korang dah baca novel ni ? Aku pon dah baca . Baca sinopsis . ( Je ) . Jangan marah ha . Nanti kena jual .

Sebenarnya aku takde niat dan tak terdetik langsung nak mengulas lanjut perihal novel ni . Pendapat masing-masing . Mana sama kan . Even adik aku yang kembar yang pernah duduk sama-sama dalam rahim tu pon tak pernah sependapat tau dalam bagi pandangan ( macam tipu pulak bila aku kata tak pernah sependapat tapi kebanyakannya tak sependapat la ) apatah lagi aku dan engkau, kan ? Betul tak ? Lagipon aku tak boleh la melantik diri aku ni sebagai pengkritik novel nih . Yang aku baca pon cuma sinopsis je . Memang tak mengagak la kan kalau aku nak kritik-kritik bagai . Kena serang beramai-ramai baru tahu apa erti penyesalan . Sesal kemudian sudah tidak berguna, kan ? Jadi ada baiknya kalau aku menggunakan konsep sesal dahulu sebab sesal dahulu pendapatan .

Berbalik kepada cerita SEPUPUKU SUAMIKU . Perkara ni betul-betul terjadi dalam family aku . Terus aku rasa kehidupan family kami seperti dalam novel . Actually bukan kehidupan family kami sangat la kan tapi kehidupan sepupu aku tu la yang dah macam cerita novel . Rasa macam nak buku kan je . Boleh jual niiii . Kalau dalam novel karya Lynn Allyna tu ada cinta yang bertepuk sebelah tangan sebelum mereka di satukan tapi dalam kisah sepupu aku ni, takde pon macam tu . Usahkan bertepuk, berputik, berbunga, berbuah pon belum tentu ada tau . Semuanya dari perancangan keluarga . Kiranya kahwin dengan pilihan family la ni . Perkahwinan yang diaturkan oleh orang yang dah banyak makan garam dalam kehidupan . ( Sebab tu darah tinggi ) . Sekarang ni aku tengok kisah sepupu aku dah macam drama pulak . Drama Vanilla Coklat . Tapi ada yang pelik dalam kisah dia ni . Yang peliknyaaaa usul tu hanya keluar dari pihak lelaki tapi takde pulak pihak perempuan kata setuju ke tak . Mengangguk pon takde aku rasa . Dah macam rancangan pelik tapi benar pulak . Memang drama habis lah kisah sepupu aku ni .

Ada one time tu mak si lelaki cakap dekat si sepupu lelaki aku tu la yang dia nak sangat si sepupu perempuan aku tu jadi menantu dia . Sepupu lelaki aku membantah sekeras-keras membantah sampai hentak-hentak meja . ( Time mak dia cakap macam tu dia tengah pakukan meja yang hampir roboh ) . Dia kata ' Apa la mak niiii, saya cuma anggap dia sepupu je . kami pon dah macam adik-beradik . Tak nak la mak ' . Best betul jawapan dia . I looooikeee :D Lepas tu mak dia macam kecewa . Kecewa yang amat sangat aku rasa . Yela, dah la family sepupu perempuan aku tak bersetuju dengan rancangan penyatuan mereka tu walaupon family tu tak cakap . ( Faham-faham sendiri sudah la ) . Anak lelaki dia pon direct je cakap taknak . Takde kalis kalis . Takde cover cover . Direct to the point je . Dia semacam akur . Macam mana aku tahu yang mak sepupu lelaki aku tu tahu ? Sebab dia kata ' Takpe lah kalau awak tak nak dengan dia tapi bila awak nak kawin nanti cari macam dia . Mak suka sangat dekat dia . Baik . Sopan-santun . Cakap dengan orang tua pon lembut je . Pandai jaga hati orang . Cantik pulak tu ' . Melambung tinggi pujian yang mak sepupu lelaki aku bagi dekat sepupu perempuan aku . Sepupu lelaki aku senyum je . Senyum kan takyah kata apa-apa .

Since that day jugak, mak sepupu lelaki aku tu hanya mampu cakap macam ni je dekat sepupu perempuan aku tu ' Pandainya dia jaga rumah . Boleh buat menantu ni ' . Sepupu perempuan aku bagi senyuman je la . Reaksi yang sama macam sepupu lelaki aku bagi . Mungkin dia fikir tu sekadar gurauan . Kalau dia tahu yang mak cik dia tu memang maksudkan apa yang di cakap kan tu, mesti dia gubra . Aku pon tak pernah berniat nak bagi tahu dekat dia walaupon aku tahu . Biarlah rahsia .

Apa-apa pon, kita tengok je la penyudahan kisah mereka ni macam mana . Bersatukah mereka . Kekal sebagai sepupu sejati kah mereka . Hanya masa dan takdir akan menentukan segalanya . Hanya Allah yang tahu . Mak lelaki hanya merancang . Family perempuan hanya merancang . Sepupu lelaki aku pon hanya merancang . Allah yang tentukan segala-galanya . Umur mereka pon muda lagi . Awal 20-an . Darah muda . Darah panas . Menggelegak macam lahar . Lagipon yang sorang tu masih belajar . Yang lagi sorang pulak baru habis belajar dan baru bekerja . Kewangan tak stabil lagi nak bagi anak orang makan . Bila semua dah stabil, kita akan tahu kesudahannya apa . ( Macam drama bersiri pulak ) .

Fatin Liyana & me

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:40 PM Comments : 12 Labels :

muka penuh dengan question mark .

 Aku baru sampai rumah . Tetiba aku nampak satu figure yang agak aku kenal walaupon tak pernah bersua muka . Eh! Fatin Liyana! . Betul ke Fatin Liyana depan mata aku ni . Hati aku berbisik . Aku buat muka pelik . Apa dia buat dekat umah aku ? Sejak bila family aku ada connection dengan family dia ni ? Masa tu aku nampak berjuta-juta tanda tanya terapung-apung di sekeliling aku gara-gara akak FL ni . Hiperbola betul kan ayat aku ? Tapi kalau korang pon, mesti korang akan ada QUESTION MARK yang besar bila seorang selebriti maya tetiba tercatuk dalam rumah kau, duduk cantik je bersimpuh atas lantai . Padahal kerusi banyak dekat sekeliling dia . Begitu perempuan melayu terakhir dari gayanya . Lagi QUESTION MARK sebab selama kau hidup, tak pernah pulak berjumpa dia . Hari tu je tetiba terada rezeki terjumpa dia . ( Ayat bahasa aku semakin hancur dari hari ke hari ) . Oh! actually saje je kasi capslock + bold dekat question mark tu . Bagi yey yeh sikit . Muahaha .



  Dia senyum dekat aku macam dekat atas tu . Aku senyum la semula . Bagi senyuman paling manis dan paling ikhlas yang aku ada . Takkan nak menyombong pulak kan walaupon people keep asking yang muka aku ni bergenre sombong . Well ... first impression is not always right . Tak kenal maka tak chinta maaa . Kalau betul pon aku sombong, kau expect aku nak mengaku ? Agagaga * gelak spongibob * .



Agak2 kalau aku sapa FL dengan gaya macam ni, apa reaksi dia ?

  ' Akak Fatin Liyana ' . Aku sapa dia . Ringkas je jawapan yang dia bagi dekat aku ' eyaaa ' beserta senyuman yang tak lekang di bibir . Terus aku buat andaian yang dia ni suka bersedekah . Muka dah laa santik . Baik pulak tu . Suka bersedekah lagi . Yela, bukan kah senyuman itu satu sedekah ? Mungkin jugak dia mengamalkan konsep Senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum . Haaa kan dah ternyanyi . Kak FL ni ... buat saya mensumbangkan suara dekat sini pulak . Hihi * gelak sopan * .

  Masa aku tegur dia tu, aku dah duduk jugak . Duduk beralaskan lantai sama dengan dia . Takkan aku nak duduk atas kerusi pulak bilamana guest aku duduk atas lantai . Sungguh tak bersopan aku menggunakan kuasa veto sebagai anak tuan rumah dengan duduk atas kusyen empuk sedangkan tetamu aku masih khusyuk dengan gaya duduk perempuan melayu terakhirnya . Kerana aku hormatkan tetamu aku sebab masa pendidikan islam dulu ustazah aku cakap kita kena hormat tetamu kita . Kenapa ? Sebab setiap tetamu yang datang ke rumah kita akan membawa rahmat dan rezeki dan bila dia balik, dia akan membawa keluar anasir tak baik yang ada dalam rumah kita keluar sama-sama dengan dia jugak :) Kesimpulannya, muliakan lah tetamu kita ye anak-anak . Lagipon aku dah jemput dia duduk atas kerusi . Dia menolak . Mungkin kerana asyik beralaskan permaidani yang macam bulu kucing parsi tu agaknya . Jangan sekali-kali nak fikir yang aku tak pelawa dia duduk atas kusyen yang empuk tu ye sebab aku bukan manusia kejam okeyh uolls cuma dia yang tak nak . Tak kan iolls nak paksa pulak . Agak-agak la der . Aku pon tak suka sebarang jenis paksaan ni jadi tak mungkin la aku nak jadi pemaksa . Setahu aku dia pon jenis yang tak suka di paksa . Lagipon, what's goes around comes around kan ? Kau suka kena paksa ?

  Aku duduk agak jauh la dari dia masa tu . Walaupon hati meronta-ronta nak duduk dekat dengan dia . Kalau boleh nak duduk sebelah menyebelah dengan dia sambil memegang erat lengan dia plus melentok di bahu dia tapi aku tak nak ikutkan sangat rasa hati tu . Excited kot dapat jumpa dia tapi aku tak nak la dia nampak sangat ke-excited-an aku ni . Karang dia ingat aku ni obses dia . Naya aku di cop sebagai peminat fanatik . Tak mahu la . Kalau jadi secret admire ok .

  Bila dia nampak aku macam menjauhkan diri dari dia, dia datang dekat dengan aku . Aku jadi terharu tapi takde la sampai tahap sebak sampai air hingus meleleh . Over lettew . Kami pon berborak . Panjang kami berborak . Tips berblog pon dia ada bagi tapi aku lupa . Siyes weh aku lupa . Aku tak pernah mengamalkan konsep makan sorang . Kalau aku ingat memang sekarang jugak iolls share ilmu dengan uolls . Mungkin sebab perbualan volls banyak gelak tawa terus hati jadi gelap ==' . Pada masa tu situasi kami kurang lebih seperti ketawa bersama, menangis bersama . Takde la sampai ke tahap ku bersumpah harap kita mati pon bersama . Tak la ke peringkat tu ye .

  Ternyata dia benar-benar tak sombong . Macam aku . Kikiki . Nama dan penampakan pon dah nak serupa . Ada yang nak membantah ? Silakan . Berborak punya berborak punya berborak, dia ajak aku keluar dengan dia . Wow! First time hang out dengan otai dunia blog yang merangkap selebriti maya . Eksklusif tu . Nak melompat rasanya time tu dapat pelawaan face-to-face dari dia . Tapi macam biasa, aku cover . Karang di cop obses . Takut tak ? Takut tak ? Sejurus tu jugak aku fikir nak update entry pasal hang out kami . Kasi awok awok dan awok semua jeles . ( Belum apa-apa dah ada niat jahat . Memang Allah tak lorongkan ) . Kalau aku update dalam blog disertakan dengan picha hang out kami, mesti entry tu dapat PV yang kaw-kaw punya . Hang out dengan FL kan . Kau ada ke peluang tu ? ( Angkuh betul ayat aku ) .

  Aku mintak izin dengan mak aku nak keluar dengan akak FL . Mak aku bagi . Aku senyum lebar . Nampak sweet sangat senyuman aku . Semanis kurma . Sampai je depan kete kak FL, handphone aku berbunyi . Lagu SO GOODBYE yang dalam citer korea City Hunter tu berkumandang . Aku tengok skrin . Ibuku ? Kenapa mak aku call pulak ? Aku masih lagi dalam perkarangan rumah . Dia masih boleh volume up suara dia untuk panggil aku tapi kenapa dia lebih memilih untuk call ? Aku angkat call . Tak semena-mena imej kete Kak FL dengan Kak FL sekali hilang . Apa dah jadi ? Guess what ? Aku bermimpi rupanya . Senyuman tu . Segala sharing story and tips tu . Plan hang out tu . Semuanya mimpi . Alahai . Bila dah habis borak dengan mak aku, aku tenung siling tembus sampai ke langit . ( Ye, aku tipu ) . Aku tergelak sendiri bila terfikirkan semula mimpi tu . Apa agaknya yang aku fikir ek sebelum tido petang tadi sampai Kak FL boleh terwujud dalam mimpi aku ?

Apa itu Blog List?

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:24 PM Comments : 8 Labels :

Blog List . Kadang-kadang boleh tersalah dengar sebagai black list . Hakikatnya kedua-dua terms tu takde connection langsung . Takde kaitan pon dua-dua ni . Bukan sedara-mara . Bukan sahabat handai mahupon musuh ketat . Banyak orang tahu black list tu apa, macam mana boleh terjadinya black list dan apa akibatnya bila di black listkan tapi tak ramai yang tahu blog list tu apa, macam mana nak wujudkan blog list dan apa kelebihan bila di blog listkan . 

Memang la dalam blog takde gadget Blog List tapi gadget tu boleh diwujudkan oleh blogger itu sendiri dengan pergi ke DASHBOARD dan cari LAYOUT . Klik ADD GADGET then cari gadget BLOG LIST . Klik tanda + . Masukkan URL blog yang kita rasa nak masukkan kemudian SAVE . Siap . ( Amboi ! macam buat tutorial pulak den nih . Mihmihmih ) . Bila dah siap, wujudnya akan jadi macam ni

.
.
.
.




APA ITU BLOG LIST ?

Blog list ni macam yang boleh dilihat pada picha di atas tu la . Tu la dia blog list . Kumpulan list-list blog yang kita dah listkan ke dalam blog list dan publishkan ia di blog kita bagi memudahkan orang lain dan kita jugak sebagai tuan punya blog tu alert pasal entry terbaru blogger lain . Jadi tak yah la susah-susah nak LOG IN blog sendiri semata-mata nak tahu apa entry terbaru rakan-rakan blogger lain . Lepas ni kalau LOG IN pon sebab nak update entry je . Bijak kan ? Hehe . ( Kembang sendiri . Tak memasal ) .

Bila ada blog list, entry ni pon kita boleh tahu tanpa Log In blog .


OOOO ... ITU RUPANYA BLOG LIST ... JADI MACAM MANA NAK DAPATKAN BLOG LIST TU ?


Erm ..... Bijak . Bijak . Soalan yang bijak tapi nampak sangat tak alert . Pergi tengok balik dekat perenggan atas . Ada di tulis dekat situ macam mana nak dapatkan widget ni . Scroll ke atas sekarang . ( Amboi ! Marah ! Kena jual baru tahu ) . Peace yo !

OK, OK . JADI APA PULAK KELEBIHANNYA BILA DI BLOG LISTKAN ?

Kelebihannya ? Kelebihannya .... bila awok telah di blog listkan oleh blogger lain di blog listnya ia akan meningkatkan traffic blog awok tanpa awok sedar . Dengan syarat awok kena la jugak selalu update blog awok tu . Baru la blog awok akan sentiasa berada di tempat pertama dalam carta blog list . Mesti akan ada orang nak klik punya .... Seriously . Diorang takkan tahan punya lah setakat tengok je . Mesti diorang klik punya . Trust me * siap buat muka bersungguh * . Tak ke awok nampak macam blog awok sedang dipromosikan ? Ha awok, jawab awok . Jawab .

JADI APA YANG PATUT I BUAT ?

U! U boleh lagi tanya apa yang patut U buat lepas baca bebelan dan pemberitahuan panjang lebar I ni . Ish ! U ni .... U tahu tak U dah buat silap besar . Besar sangat U tapi U jangan risau sebab kesalahan U tu takkan mampu heret U ke muka pengadilan untuk di adili di dalam Mahkamah . Sekarang ni apa yang patut U buat ialah .... join la mana-mana segmen pencarian blog list contohnya macam segmen kelolaan I ni . Hahaha . Promosi segmen sendiri . ( Kalau bukan den yang promosi nak harapkan siapa lagi kan  ) .

Ok lah, sekadar itu sahaja lah perkongsian yang mampu den buat . Harap membantu untuk memahamkan siapa-siapa yang tak faham tu :D

Segmen Fatin Farhanah Mencari Bloglist March

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:00 PM Comments : 67 Labels :
Alhamdulillah ... setelah aku meminta pendapat beberapa hari lepas mengenai segmen apa yang patut aku buat untuk first segmen aku, akhirnya wujudlah segmen ini . Terima kasih la kepada penyumbang idea untuk idea-idea anda .

Untuk segmen pertama ni aku memilih untuk buat segmen yang simple je dan tak perlu klik banyak-banyak button . ( Melainkan korang berkeinginan nak follow blogger lain lepas segmen ni tamat ) . Aku tahu kalau nak klik banyak-banyak button hanya membantutkan semangat blogger untuk join apa-apa segmen dan mana-mana segmen . Leceh katanya . Terus rasa malas nak join . ( Aku selalu rasa macam tu kalau syarat Encik ,Cik mahupon Puan penganjur sangat banyak dengan klik button itu dan ini ) . Hehe * gelak kepit *

Untuk segmen ini, aku ambil pendapat Kaizen dan Shakira Pathi tapi tak bermakna aku tak menghargai pendapat yang lain-lain cuma aku perlukan lebih masa untuk buat banner dan anjurkan segmen lain yang telah dicadangkan tu . Hihi . * gelak anje *

Maaf la kalau banner tak berapa ohsem . Saya budak baru belajar Cik * tunduk kepala * . Baru je nak berjinak-jinak dengan penganjuran segmen dan pembikinan banner . Insyaallah kalau ada segmen yang berikutnya, bannernya akan lebih baik dari ini . Pembaikan akan dilakukan dari masa ke masa :)

Sila beri tunjuk ajar ye :))))


Seperti segmen-segmen lain, semestinya segmen ini pun ada syarat-syaratnya .


SYARAT-SYARAT:

1) Wajib Follow blog ni, sunat Follow blog tu
Insyaallah volls will hit uolls back :) Swear deh . Hehe .
2) Wujudkan 1 entry yang ber-titlekan SEGMEN FATIN FARHANAH MENCARI BLOGLIST MARCH. 
3) Letakkan banner kat atas ni dalam entry korang.
4) Backlink kan ke entry ini.
5) Dah siap? Tinggal kan LINK ENTRY anda di kotak komen di bawah ini:) 
6) Senarai bloglist akan di-update sejurus segmen ni tamat jadi boleh la korang berkunjung dan follow blog lain jugak selain I menambah koleksi bloglist I yang baru 1 tu :)

TAMAT:
24 Februari 2013
( 11.59 PM )

BERAPA LAMA BLOG KORANG AKAN ADA DALAM BLOGLIST AKU?
Mungkin 3 bulan dan mungkin jugak sebulan . Tengok kepada tahap kebizian aku untuk buat pencarian bloglist April,Mei, Jun -------------> Disember . Yela, sem kedua kan dah nak bermula, aku nak kena fokus dekat study jugak . Masa depan tu babe * muka penuh pengharapan supaya korang faham *

* Tak kisah la berapa berapa yang join . Anda akan di bloglistkan jugak . TQ :)

p/s: actually syarat num 6 tu bukannya syarat . Sekadar pemberitahuan je :P

Kepada KAUM LELAKI

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:21 PM Comments : 6 Labels :

Agak-agak yang mana satu PILIHAN HATI ANDA...?


Ye wahai bakal suami di luar sana, yang mana satukah yang anda ingin jadikan sebagai bakal isteri anda?
A kah?
  B kah?
    C Kah?
      D kah?


Sebenarnya aku hampir tergelak besar masa download gambar ni di FB tadi . Kenapa aku kata hampir bukan kata " tergelak besar "? Haaa sebabnya masa tu aku pakai masker . Masker dari rumpai laut . Maknanya kalau aku tergelak besar jadi berkedut la muka aku sebab masker tu sedang berusaha membekukan dirinya di muka aku . Tahu tak... aku rasa macam aku baru menjalani suntikan botox tadi . Langsung tak boleh nak gerakkan muka dengan bebasnya . Nak kerutkan dahi pon rasa payah . Nak bercakap pulak macam tak boleh nak bukak mulut . Sekarang aku faham perasaan orang yang suntik botox .  

Berbalik kepada cerita aku hampir tergelak besar tu . Masa aku download gambar ni tetiba sepupu aku datang . Dia nampak la aku sedang menjalankan aktiviti men-download gambar ni . Tetiba dia cakap " Kebanyakan lelaki pilih C dengan D " . Aku tak bagi respon lagi . Sekadar senyum je . ( Senyum tu respon jugak la actually ) . Pastu dia cakap lagi " Ada jugak yang cakap saya tak nak yang bertutup ni " . Aku dah start nak gelak . Pastu dia cakap lagi " Ada jugak yang cakap nak pilih semua baru cukup kuota " . Aku langsung tergelak tapi cepat-cepat cover sebab aku perasan yang tindakan aku tu telah menyebabkan masker di muka aku mulai merekah . Karang sebab aku tergelak besar masa pakai masker tu tak pasal pasal muka aku berkedut sebelum masanya . Sebenarnya yang membuatkan aku nak tergelak bukan sebab jawapan yang diberikan oleh sang arjuna tu . Aku nak tergelak sebab gaya sepupu aku bercakap dan menyampaikan tu yang menggeletek hati aku . Ntah ntah dia saja je buat aku tergelak sebab dia tahu aku pakai masker . Dengki!

Kembar YoonA

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:52 PM Comments : 10 Labels :


Hebat benar penangan K-pop . Gelombang Halli Yu di mana-mana . Wee~ Ditambah pulak dengan macam-macam jenis laman sosial dan dunia di hujung jari menyebabkan dan mengakibatkan orang biasa-biasa yang bukan artis boleh berubah kehidupannya 360 darjah macam artis contohnya Rabiatul ni . Orang biasa je dia pada mulanya tapi sebab muka dia ada iras YoonA GG yang pada mulanya orang ingat tu adalah superimpose YoonA, terus dia asyik diperkatakan sampai masuk surat kabo berhari-hari . Follower twitter pon ramai macam artis jugak . 24  k follower dia . WOW kan ? Add friend dekat FB pulak sampai dah tak boleh ditekan sebab dah sampai limit . Ramai benar yang nak jadi friends dia . Berapa umur dia ? Tak dapat dipastikan . Macam budak sekolah lagi . Macam baru lepas habis SPM . Entah la, tak tahu .

Apa-apa pun, lebih kurangkan muka diorang . Sama sama putih . Sama sama cantik . Perbezaannya yang sorang tu pakai tudung yang lagi sorang free hair dan lagi satu yang sorang tu warganegara Malaysia dan lagi sorang tu warganegara Korea . Oh, perbezaan yang lain ialah tang mata . Mata yang sorang tu sepet sikit . Orang korea kan . Yang lagi sorang pulak agak besar sedikit . Maklum la ... orang melayu . Apa la agaknya perasaan budak ni bila dia dikatakan seiras dengan penyanyi bertaraf antarabangsa ni ye hinggakan masuk dalam surat khabar metro hari ni dalam ruangan K-pop . Kenapa aku sibuk sibuk nak tahu pasal perasaan dia? Sebab aku rasa cemburu dengan dia . Hahaha . Perlu ke nak rasa macam tu? ( Tanda soal BESAR BESAR )

SEGMEN : FOLLOWING IS SIMPLE!

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:42 PM Comments : 1 Labels :
Klik banner untuk join